Pengenalan kepada sistem pnuematik asas.
Apa itu sistem pnuematik
Kelelebihan menggunakan angin
Angin mempunyai beberapa kelebihan
yang menyebabkan ianya digunakan. Antaranya ialah:
- Tidak mudah meletup atau terbakar.
- Sisa yang dikeluarkan bersih dan selamat kepada persekitaran.
- Mudah didapati.
- Kepelbagaian tekanan.
- Kepelbagaian kelajuan.
- Kos pemasangan dan penyelenggaraan yang murah.
- Kepelbagaian fungsi.
- Mudah disimpan dalam unit yang besar.
Bagaimana
hasilkan angin mampat
Pemampat angin atau air compressor ialah mesin yang
berfungsi untuk menghasilkan angin mampat.Ia datang dalam pelbagai saiz untuk
kerja-kerja yang berlainan.
Pemampat ini akan menyedut angin biasa
dari atmosfera untuk dimampatkan sebelum di simpan di dalam tangki.Kebuk
pemampat ialah dimana angin yang disedut di mampatkan oleh piston.
Tali sawat kuasa digunakan untuk
memindahkan tenaga yang dihasilkan oleh motor elektrik bagi membolehkan piston
bergerak.Tolok tekanan digunakan untuk menunjukkan tahap tekanan yang ditampung
oleh tangki.
Komponen yang membekalkan tenaga
mekanikal pada pemampat ialah motor elektrik.Setiap jenis pemampat memerlukan
motor yang berlainan jenis untuk menyesuaikan kepada keperluan pekerjaan.
No comments:
Post a Comment