Monday, 7 October 2013

Komponen-komponen Asas Pneumatik


Komponen-komponen sistem pnuematik

FRL Unit

Sebelum masuk ke dalam sistem, angin mampat perlu dipastikan selamat untuk digunakan dengan bantuan komponen penapis (filter), pengatur tekanan (pressure regulator) dan pelincir (lubricator).unit ini lebih dikenali sebagai FRL unit.



Injap (Valve)

Komponen ini ialah komponen terpenting yang menggerakkan satu-satu sistem pnuematik seperti yang dikehendaki oleh pengguna.

Injap ini secara am terbahagi kepada tiga bahagian besar iaitu:

  1. Injap kawalan berarah (directional control valve)
  2. Injap kawalan aliran (flow control valve)
  3. Injap kawalan tekanan (pressure control valve) 
 
        

Silinder(cylinder).

Unit ini berfungsi menukarkan tekanan angin mampat kepada pergerakan mekanikal yang diperlukan pengguna.
Secara am unit ini terdiri dari tiga jenis iaitu :

  1. Silinder satu arah(single acting cylinder).
  2. Silinder dua arah(double acting cylinder)
  3. Silinder berputar(rotary cylinder)





  
Aksesori
                                                  
Terdiri dari peralatan-peralatan dan bahan yang membantu dalam melengkapkan sistem.terdapat dua jenis aksesori yang paling penting bagi sistem pnuematik iaitu :

  1. Tiub (tube)
    • merupakan bahan untuk mengalirkan angin mampat ke komponen-komponen yang berada dalam sistem.

  1. Fitting.
·         menyambungkan komponen-komponen pnuematik kepada tiub.
·         juga digunakan untuk menyambungkan tiub ke tiub yang lain.
 



             

Pengenalan kepada sistem pnuematik asas.




Pengenalan kepada sistem pnuematik asas.

Apa itu sistem pnuematik

  Sistem pnuematik ialah satu sistem yang menggunakan tekanan angin untuk menggerakkan komponen dan litar. Angin digunakan dalam sistem ini ialah angin yang dimampatkan sehingga mencapai tekanan tertentu sebelum boleh digunakan di dalam sistem. 



Kelelebihan menggunakan angin

Angin mempunyai beberapa kelebihan yang menyebabkan ianya digunakan. Antaranya ialah:

  1. Tidak mudah meletup atau terbakar.
  2. Sisa yang dikeluarkan bersih dan selamat kepada persekitaran.
  3. Mudah didapati.
  4. Kepelbagaian tekanan.
  5. Kepelbagaian kelajuan.
  6. Kos pemasangan dan penyelenggaraan yang murah.
  7. Kepelbagaian fungsi.
  8. Mudah disimpan dalam unit yang besar.


Bagaimana hasilkan angin mampat

Pemampat angin atau air compressor ialah mesin yang berfungsi untuk menghasilkan angin mampat.Ia datang dalam pelbagai saiz untuk kerja-kerja yang berlainan.



Pemampat ini akan menyedut angin biasa dari atmosfera untuk dimampatkan sebelum di simpan di dalam tangki.Kebuk pemampat ialah dimana angin yang disedut di mampatkan oleh piston.

Tali sawat kuasa digunakan untuk memindahkan tenaga yang dihasilkan oleh motor elektrik bagi membolehkan piston bergerak.Tolok tekanan digunakan untuk menunjukkan tahap tekanan yang ditampung oleh tangki.

Komponen yang membekalkan tenaga mekanikal pada pemampat ialah motor elektrik.Setiap jenis pemampat memerlukan motor yang berlainan jenis untuk menyesuaikan kepada keperluan pekerjaan.