Komponen-komponen sistem pnuematik
FRL Unit
Sebelum masuk ke dalam sistem, angin
mampat perlu dipastikan selamat untuk digunakan dengan bantuan komponen penapis
(filter), pengatur tekanan (pressure regulator) dan pelincir (lubricator).unit ini lebih dikenali
sebagai FRL unit.
Injap (Valve)
Komponen ini ialah komponen terpenting
yang menggerakkan satu-satu sistem pnuematik seperti yang dikehendaki oleh
pengguna.
Injap ini secara am terbahagi kepada
tiga bahagian besar iaitu:
- Injap kawalan berarah (directional control valve)
- Injap kawalan aliran (flow control valve)
- Injap kawalan tekanan (pressure control valve)
Silinder(cylinder).
Unit ini berfungsi menukarkan tekanan
angin mampat kepada pergerakan mekanikal yang diperlukan pengguna.
Secara am unit ini terdiri dari tiga
jenis iaitu :
- Silinder satu arah(single acting cylinder).
- Silinder dua arah(double acting cylinder)
- Silinder berputar(rotary cylinder)
Aksesori
Terdiri dari peralatan-peralatan dan
bahan yang membantu dalam melengkapkan sistem.terdapat dua jenis aksesori yang
paling penting bagi sistem pnuematik iaitu :
- Tiub (tube)
- merupakan bahan untuk mengalirkan angin mampat ke komponen-komponen yang berada dalam sistem.
- Fitting.
·
menyambungkan
komponen-komponen pnuematik kepada tiub.
·
juga digunakan
untuk menyambungkan tiub ke tiub yang lain.